Mengenai PI1M

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

PI1M yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI1M menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan PI1M, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif PI1M



Sejarah

Pada tahun 1980, tragedi banjir besar telah melanda seluruh Malaysia yang turut melanda seluruh kawasan Mentakab. Sejurus selepas kejadian banjir besar itu, dimaklumkan bahawa hampir keseluruhan penduduk tempatan telah kehilangan penempatan.

Oleh yang demikian, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan dana untuk membina penempatan baru yang ketika itu dikenali sebagai Projek Perumahan Rakyat (PPR) kepada mangsa banjir yang terlibat merangkumi penduduk Kampung Chatin, Kampung Penak, Kampung Lubuk Serdang dan juga Kampung Mambang Berulang.

Pada tahun 1995, kesemua perumahan telah siap dibina dan terciptalah Taman Bukit Cermin yang majoriti didiami oleh mangsa banjir dan penduduk berpendapatan rendah.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018


MINGGU SAINS NEGARA

Aktiviti Terkini | 06 - 07 April 2018

Penganjuran program ini adalah selari dengan sambutan World Science Day yang dianjurkan oleh United Nations Organization for Education, Science and Culture (UNESCO) semenjak tahun 2002. Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap kepentingan sains dan merapatkan jurang antara sains dan masyarakat dengan menampilkan pelbagai program berasaskan “sains” yang menarik dan interaktif...baca selanjutnya

Program Advokasi di Majlis Perasmian PI1M Bukit Tingkat

Aktiviti Terkini | 31 Mac 2018

Majlis Perasmian Pusat Internet 1Malaysia Bukit Tingkat, Temerloh Pahang yang telah dirasmikan oleh YB Dato' Sri Haji Mohd Sharkar bin Haji Shamsudin 31 Mac 2018....baca selanjutnya

SUKAN OLAHRAGA SK BUKIT CERMIN

Aktiviti Terkini | 28 Februari 2018

Kejohanan sukan tahunan sekolah adalah merupakan salah satu program tahunan sekolah.Kejohanan ini dirancang bagi mengisi program kokurikulum Sekolah Kebangsaan Bukit Cermin bagi tahun 2018....baca selanjutnya

KARNIVAL JELAJAH SEBENARNYA.MY ANJURAN MCMC WILAYAH TIMUR

Aktiviti Terkini | 10 Februari 2018

Perlaksanaan Karnival Jelajah SEBENARNYA.MY adalah bertujuan untuk memaklumkan kepada masyarakat untuk menyemak sebelum berkongsi berita yang tidak ditentukan kesahihannya, yang diterima secara dalam talian melalui platform media sosial, perkhidmatan mesej segera, blog, laman sesawang, dan lain-lain....baca selanjutnya

HARI TERBUKA PI1M TAMAN BUKIT CERMIN 3

Aktiviti Terkini | 27 Januari 2018

Hari Terbuka ini bertujuan untuk menjalinkan ikatan perpaduan, memperluaskan pergaulan dan memupuk interaksi yang sihat di kalangan pegawai, guru, dan murid berbagai kaum serta masyarakat setempat kearah melahirkan pelajar celik IT...baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti