INFORMASI TEMPATAN

Maklumat Komuniti

Info:
- Taman Bukit Cermin merupakan sebuah kawasan perumahan Projek Perumahan Rakyat (PPR) yang terletak berhampiran kawasan sungai Semantan.
- Jarak taman perumahan ini dari Daerah Temerloh adalah sejauh 10 km.
- Taman Bukit Cermin ini terletak di bawah Mukim Mentakab dan berdekatan dengan beberapa buah kampung seperti Kampung Penak, Kampung Chatin, Kampung Gantok dan Kampung Mambang Berulang.
- Bentuk muka bumi Taman Bukit Cermin ini ialah berbukit dan bertanah rata sekitar perumahan penduduk.
- Penduduk tempatan yang 100% berbangsa Melayu menggalakkan penduduk menjalankan aktiviti perniagaan kedai makan secara kecil-kecilan dan juga aktiviti kemasyarakatan seperti mengikuti pelbagai kursus pendek berkaitan kemahiran yang dianjurkan sendiri oleh JKKK Taman Bukit Cermin bertempat di balairaya.
- Maka tidak hairanlah keadaan persekitaran penduduk yang tidak begitu sibuk disebabkan oleh kesibukan bekerja oleh golongan dewasa, aktiviti kemasyarakatan oleh golongan surirumah dan anak-anak ke sekolah.
- Kebanyakan kawasan penempatan di taman ini dibina secara berjajaran dan berkelompok yang terbahagi kepada 4 pecahan iaitu Taman Bukit Cermin 1, Taman Bukit Cermin 2, Taman Bukit Cermin 3 dan Taman Bukit Cermin 4.
- Bangunan setiap rumah dibina berderetan dan berkembar berdasarkan bentuk rumah Projek Perumahan Rakyat dan berasaskan batu.
- Aktiviti yang sering dijalankan oleh penduduk setempat adalah aktiviti kemasyarakatan seperti sukan kampong, amalan gotong-royong dan keagamaan seperti wujudnya kumpulan marhaban wanita Taman Bukit Cermin.
- Kesibukan harian tidak menghalang warga Taman Bukit Cermin untuk terus melakukan aktiviti kemasyarakatan ini seperti bergotong royong membersihkan kawasan perumahan, perkuburan, balairaya, masjid dan sebagainya.
- Tambahan lagi, suasana taman ini bertambah meriah apabila tiba musim cuti sekolah dan musim perkahwinan dimana masyarakat bekerjasama melakukan aktiviti gotong-royong atau dikenali sebagai “rewang” memasak juadah kenduri bersama jiran tetangga.
- Aktiviti yang melibatkan penduduk setempat seperti ini banyak menyumbang ke arah pembangunan di samping mengeratkan hubungan sesama penduduk setempat.

DAERAHMentakab
DUNMentakab
MUKIMMentakab
PARLIMENTemerloh
NEGERIPahang






Info Penduduk:
5000 orang penduduk

Populasi Penduduk:
100% Melayu dan Beragama Islam

Purata Umur Penduduk:
1). Warga Emas – Sederhana
2). Dewasa / Belia – Tinggi
3). Kanak-kanak - Tinggi

Purata Pekerjaan:
1). Pesara
2). Bekerja Sendiri
3). Sektor Kerajaan
4). Sektor Swasta

Rekreasi & Pelancongan

Pusat Tumpuan Pelancong

Taman Rekreasi Tasik Chatin

Exit 88, 28400 Mentakab, Pahang, Malaysia
Terletak kira-kira 5.1km atau 9 minit pemanduan dari Bandar Mentakab

Mentakab Starmall

1, Jalan Star City 1, 28000 Mentakab, Pahang, Malaysia
Terletak kira-kira 2.4km dari Bandar Mentakab

Taman Tasik Temerloh

Terletak di tengah-tengah Bandar Temerloh

Taman Awam Kubang Gajah

Taman Awam Kubang Gajah, 28000, Temerloh, Pahang, Malaysia
Terletak kira-kira 1.4km daripada Bandar Temerloh & 17 minit pemanduan daripada Bandar Mentakab
Waktu Operasi: Cuti Sekolah, Sabtu & Ahad(9.00 am - 8.00 pm)
Isnin, Selasa, Khamis & Jumaat(2.00 pm - 8.00 pm)
(Rabu tutup kecuali cuti sekolah)
Harga Tiket: Dewasa(RM 10)/Kanak-kanak (RM 8)

Taman Esplanade Temerloh

Terletak kira-kira 4 minit berjalan kaki dari Bandar Temerloh

Tempat Makan Yang Menarik

Nasi Ayam Penyet Ambia

Lokasi: Simpang Songsang, Temerloh / Taman Temerloh Jaya, Temerloh / Bandar Mentakab /
Persiaran Damai Court / Starmall, Mentakab / Batu 10, Lanchang / Kuala Krau, Temerloh
Waktu Operasi: Setiap Hari
FB/Blog/Instagram

Kedai Makan Serasi Temerloh

Lokasi: No. 202, Jalan Temerloh-Mentakab, 28000, Temerloh, Pahang
Waktu Operasi: 5 petang - 1.30 pagi
FB/Blog/Instagram

Gobang Maju Patin Tempoyak

Lokasi: (Sebelah ESSO Temerloh)Jalan Triang, 28000 Temerloh, Pahang
Waktu Operasi: Isnin - Rabu & Sabtu - Ahad(12.00 tengahari – 12.00 pagi), Jumaat(2.00 petang – 12.00 pagi), Khamis(cuti/tutup)
FB/Blog/Instagram

Homestay

Fandy Rose Homestay

Hubungi: : 017-931 9654
Layari: www.fandyrosehomestay.com

CCT Homestay

Hubungi: : 0113-919 1972(CT)

Tempat-Tempat Berhampiran

Kemudahan Awam

Lokasi-Lokasi

Masjid Abu Bakar Mentakab
Balai Bomba dan Penyelamat Mentakab
Balai Polis Daerah Temerloh
Klinik Kesihatan Mentakab
Perpustakaan Awam Cawangan Temerloh
Dewan Serbaguna Mentakab
Pendidikan

Lokasi-Lokasi

Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Cermin
Sekolah Kebangsaan Bukit Cermin
Kolej Komuniti Mentakab
Kisah Kejayaan

Muhd Shahrin Bin Shamshul Bahrin
Celik IT

Umur:
11 tahun

Email:
Shahrin1512@gmail.com

FB:
Ehh Shahrin Larhh

Keahlian PI1M:
5/4/2016

Kisah Kejayaan:
Latar belakang: Adik Muhd Shahrin merupakan penduduk tetap Taman Bukit Cermin yang bersekolah rendah di darjah 5. Adik Muhd Shahrin merupakan anak ke 7 daripada 8 adik beradik. Beliau merupakan ahli PI1M yang aktif yang sering meluangkan masa mempelajari ilmu kemahiran ICT pada hujung minggu

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Sebelum ini, adik Muhd Shahrin merupakan seorang kanak-kanak pendiam dan agak pemalu. Sebelum ini, beliau hanya menghabiskan masa datang ke PI1M Bukit Cermin untuk melayari internet seperti Youtube. Beliau juga kurang berpengetahuan dalam mengendalikan Microsoft Office.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Melalui kelas latihan ICT yang telah dijalankan pada setiap minggu, pengetahuan ICT beliau telah meningkat hari demi hari. Beliau telah pandai mengendalikan akaun facebook untuk kerja-kerja ilmiah dan juga menggunakan “Youtube” untuk pembelajaran seperti menyiapkan kerja sekolah. Beliau juga sering menjadi pemenang pertandingan yang telah dijalankan di PI1M Bukit Cermin seperti pertandingan menaip terpandas, pertandingan Puzzle dan juga pertandingan Origami bahan-bahan terpakai.

Apa yang dipelajari melalui PI1M:
- Belajar menaip dengan pantas.
- Mengikuti kelas ICT dan Bahasa Inggeris.
- Membuat “slide powerpoint” dan membentangkan di hadapan kelas.
- Membuka akaun facebook bagi tujuan pembelajaran di sekolah.

Berikut adalah gambar-gambar mengenai Muhd Shahrin Bin Shamshul Bahrin:

Keusahawanan

Puan Nur Ayuni Binti Nasarudin
Keusahawanan

Umur:
27 Tahun

Email:
Nur_Ayuni90@yahoo.com

FB:
Nurul Ayuni

Instagram:
Nurul Ayuni

Whatsapp:
+6 017-948 3332

Keahlian PI1M:
25/4/2016

Bentuk Perniagaan:
Merupakan suri rumah tangga dan ibu kepada 2 orang cahaya mata. Mula berjinak-jinak dalam perniagaan online secara kecil-kecilan dan juga berniaga di "Car Boot Sales". Perniagaan yang dijalankan ialah "Donut Montel" dan juga "Perfumes".

Kisah Kejayaan:
Latar Belakang: Puan Ayuni merupakan suri rumah tangga sepenuh masa yang memilih kerjaya sampingan sebagai peniaga online secara kecil-kecilan setelah hampir 1 tahun. Minat beliau yang mendalam terhadap perniagaan online menaikkan lagi semangat beliau untuk meluaskan perniagaannya.Setelah dikurniakan dua orang cahaya mata, beliau mula mengikuti kelas ICT di PI1M Bukit Cermin 3, Mentakab. Selain daripada perniagaan secara online, beliau juga mula berniaga di pasar malam dan "Car Boot Sales".

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Sebelum ini, beliau tidak mempunyai sebarang pendapatakn kerana hanya merupakan suri rumah tangga sepenuh masa. Namun demikian, minat yang mendalam dalam dunia perniagaan serta rasa ingin membantu meningkatkan pendapatakn keluarga.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet 1Malaysia Bukit Cermin 3, beliau kini telah memiliki akaun facebook perniagaan sendiri yang dapat mempromosikan produk jualannya. Pelanggan beliau dari sekitar Temerloh dan Mentakab telah menjadi pelanggan tetap beliau melalui hebarah di media massa. Ada kalanya beliau turut mendapat pelanngan daripada Sabah dan juga Sarawak kerana tertarik pada keunikan "Donut Montel"nya. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM 500 – RM 700 sebulan.

Apa yang dipelajari melalui PI1M:
- Mempelajari cara membuat pemasaran online melalui FB, Blog,Website dan Instagram
- Mempelajari Ms. Office bagi memudahkan pengiraan stok produk, pengiraan untung/rugi
- Mempelajari cara mengambil order melalui FB.

Berikut adalah gambar-gambar mengenai Puan Nur Ayuni Binti Nasarudin:

Produk / Hasil Transformasi


Promosi di Media Sosial



Cik Noor Salriantie Binti Abd Razak
Keusahawanan

Umur:
25 Tahun

Email:
Sariyanti92@gmail.com

FB:
Noor Salriantie Abd Razak

Instagram:
Noor Salriantie Abd Razak

Keahlian PI1M:
20/5/2016

Bentuk Perniagaan:
Merupakan seorang usahawan muda yang sangat bergiat aktif dalam menjalankan perniagaan online dan menerima tempahan bakeri sekitar Taman Bukit Cermin sendiri dan kawasan sekitar Mentakab Dan Temerloh. Perkhidmatan beliau amat diperlukan apabila tiba musim majlis pertunangan dan perkahwinan. Usahawan kecil separuh masa ini dikenali ramai dengan gelaran "Yanti Kek" dalam kalangan masyarakat setempat. Juga merupakan pengusaha kantin sekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Tualang , Mentakab, Pahang.

Kisah Kejayaan:
Latar Belakang: Cik Noor Salriantie merupakan anak jati Taman Bukit Cermin yang memilih kerjaya sebagai pengusaha kantin dan kini aktif menerima tempahan bakeri setelah hampir 2 tahun setengah. Minat beliau yang mendalam terhadap perniagaan online menaikkan lagi semangat beliau untuk meluaskan perniagaannya. Setelah menamatkan pengajian dalam Diploma in Culinary Arts di Kolej PTPL Kota Bharu, beliau mula bekerja di sebuah hotel di ibu Negara. Namun, atas desakan taraf hidup yang tinggi di kota raya, beliau tekad untuk pulang ke kampung menjadi pengusaha kantin sekolah dan mula menjalankan perniagaan bakeri secara kecil-kecilan di rumah. Sejak daripada itu, kenalan rapat beliau mula berminat dengan perniagaan bakeri yang dijalankan dan mula meluaskan promosi perniagaan beliau di media massa. Beliau turut menjual produk kesihatan sebagai menambah pendapatan sampingan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM1000 sahaja sebulan. Jumlah pelanggan bulanan adalah seramai 30 orang. Harga jualan bakeri yang ditawarkan adalah bergantung kepada design bakeri yang dikehendaki oleh pelanggan bermula harga RM10 dan ke atas. Biskut-biskut beliau juga turut menjadi pilihan pelanggan untuk dijadikan "Goodies" pada majlis perkahwinan. Paling mendapat sambutan, beliau sangat kreatif menghias kek pertunangan dan perkahwinan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet 1Malaysia Bukit Cermin 3, beliau kini telah memiliki akaun facebook perniagaan sendiri yang dapat mempromosikan hasil hiasan kek yang kreatif dan produk beliau beliau yang lain. Pelanggan beliau dari sekitar Temerloh dan ada kalanya di daerah lain telah menjadi pelanggan tetap beliau melalui hebarah di media massa. Staff PI1M turut membantu membuat hebahan melalui pages Facebook PI1M Bukit Cermin. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM 800 – RM 1000 sebulan.

Apa yang dipelajari melalui PI1M:
- Mempelajari cara membuat pemasaran online melalui FB, Blog,Website dan Instagram
- Mempelajari Ms. Office bagi memudahkan pengiraan stok produk, pengiraan untung/rugi
- Mempelajari cara mengambil order melalui FB.

Berikut adalah gambar-gambar mengenai Cik Noor Salriantie Binti Abd Razak:

Produk / Hasil Transformasi


Promosi di Media Sosial